header image
 

Kebolehan

Setiap manusia mempunyai kebolehan tersendiri yang dikurniakan Tuhan. Ianya terpulang pada mereka untuk mencari apakah ianya dan seterusnya  mendalami atau menggunakannya mengikut kebijaksanaan masing2. Ada yang sejak kecil telah mengenalpasti kebolehan diri mereka dan telah berusaha memantapkan kemahiran tersebut melalui laluan atau ‘channel’ yang betul dan hasilnya ialah golongan2 professional termasuklah atlet2 sukan,penyelidik dan saintis, penggiat seni, ahli2 falsafah dan macam2 lagi. Ada juga yang lambat menyedari tentang kebolehan diri mereka tersebut kerana mungkin lambat menerima pendedahan ataupun faktor2 lain tetapi mereka tetap berusaha memahirkan diri di dalam bidang2 tersebut sebagai minat, hobi ataupun apa sahaja. Ada juga di antara mereka ini yang turut menyertai golongan pertama tadi iaitu melakukannya secara professional. Golongan terakhir ialah golongan yang langsung tidak menyedari yang mereka sebenarnya mempunyai kebolehan2 tertentu disebabkan oleh faktor2 pemikiran, masyarakat sekeliling, ekonomi, budaya, keluarga dan macam2 lagi. Golongan ini akan menganggap diri mereka tidak berkebolehan dan langsung tidak mempunyai inisiatif untuk berusaha memahirkan diri mereka. Maka mereka biasanya ketinggalan dari banyak segi di dalam masyarakat samada dari segi ekonomi, sosial, budaya dan minda.

Persoalannya di sini di dalam golongan manakah dia berada sekarang? Dia mungkin tergolong di dalam kumpulan yang pertama, iaitu seorang professional di dalam bidangnya, boleh dikatakan berkebolehan tetapi ianya mungkin hanya kebolehan yang dipelajari dan dilakukannya tanpa minat yang mendalam.  Dia juga mungkin di dalam golongan yang kedua iaitu golongan yang lambat menyedari, namun tetap berusaha kerana minat dan juga ianya kebolehan semulajadinya. Dan dia juga tidak menafikan yang mungkin dia turut berada di dalam golongan ketiga dari segi menidakkan kebolehan2 tertentu yang dia sedar dia ada tetapi tidak berusaha untuk memahirkan dirinya di dalam bidang2 tersebut. Adakah dia perlu buat keputusan untuk memilih untuk berada di dalam satu golongan sahaja atau terus menerus membiarkan dirinya terangkum di dalam semua kategori tersebut? Dia masih belum tahu jawapannya lagi.

~ by nadirshazly on November 3, 2008.

3 Responses to “Kebolehan”

  1. aku golongan kedua beb.. aku baru tau aku minat giler photography. ko bayangkan.. aku da buang 10 tahun.. mcm tu jer

  2. sangkaanku tepat sekali..

  3. adika : yeah ko sgt berkebolehan dlm fotografi. tp aku tak rasa ko buang 10tahun.. boleh jadi 10 tahun tu mmg ko lalui secara tak langsung untuk persiapan diri ko skarang. chewah mcm pakar motivasi lak aku mmbebel.. heheh..

    sesiapa je lah : biarlah sangkaan itu kekal sbg sangkaan.. mendung tak bererti hujan kan.. thanks for stopping by anyway :)

Leave a Reply